Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 13, 2012

dari W27 ke N27 - volume IV

salam sejahtera Dah terlalu lama tak jengok blog nih...dek kerana kesibukan duniawi... Jangkahayat penulis di Pejabat Agama Daerah Kluang rupanya tidak berapa panjang. Bak kata orang tua-tua, kusangka panas hingga ke petang ...rupanya gerimis mengundang di tengah hari.. Sebenarnya masih terngiang-ngiang di telinga penulis pada hari pertama penulis menjejak kaki ke MAIJ.. " Anda semua insya allah akan dapat jawatan tetap. Pihak kami sedang mengusahakan untuk itu.." Rupa-rupanya itu hanyalah retorik golongan penguasa agama untuk menyedapkan telinga sang hambe berstatus KONTRAK agar tidak lagi menoleh ke lain dalam bekerja .. agar kesetiaan terus terpahat di hati nurani .. agar keihklasan boleh terpancar di wajah pemuda-pemuda yang baru memulakan diari kehidupan mereka dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan persaingan dan juga kepura-puraan.. Penulis hanya sempat bekerja dan bergaul rapat dengan para penguasa agama sekitar dua penggal dari tempoh kontrak. Sememangnya sema

Kelas kelima

Kelas kali ini juga bermula agak lewat hingga menjejak ke pukul 5.15 petang barulah penulis berjaya tiba. Pelajar sudah ada yang duduk di luar. Kelas ini merupakan kelas yang santai sebenarnya. Ia memerlukan pelajar mengaktifkan diri mereka....bukan seperti kelas akademik biasa yang menonjolkan penampilan guru hampir 70 ke 80% di dalam kelas. Dan hari ini juga ada pembentangan berkaitan kaedah peminjaman peralatan daripada pihak pejabat dan juga permohonan penggunaan bas. Pembentangan juga berkisar berkaitan lagu dan juga video yang bakal ditayangkan. Pelajar pada kali ini lebih aktif dan banyak menggunakan alatan pembentangan bersifat interaktif. Mereka juga agak aktif di dalam kelas khususnya lelaki. Pelajar perempuan agak kurang menyerlah tetapi penulis yakin mereka mampu melaksanakan program seperti yang telah dirancang. Sememangnya pembentangan dengan masa persiapan awal adalah lebih baik dan berkeadaan sedia berbanding perbincangan di dalam kelas dan kemudian membuat pemb