Duit terkumpul jutaan RM ... agihannya bagaimana pula?
Maka terdengarlah akan riwayat yang dikhabarkan dari punca yang sahih akan kutipan zakat dari sebuah negeri semenanjung emas yang mencapai jumlah belasan juta RM. Memang amat cekap dan hebat para pegawai zakat di negeri tersebut yang telah berjaya merealisasikan pelbagai acara dakwah, forum, khutbah, dan sebagainya bagi menyedarkan akan anak negeri yang bersyahadah akan kewajiban menunaikan zakat harta guna untuk diagihkan kepada sang asnaf yang tujuh untuk kemakmuran dan penjanaan ekonomi ummah.. Namun jiwa sosialis yang merangkul erat minda, bukan kerna hasad dengan kekayaan insan, bukan kerna sakit hati dengan kejayaan pejabat serta pegawai pemungut zakat, kerap meronta dan ingin bertanya, bagaimana pula dengan agihannya? Mungkin kalimah sosialis itu nantinya menjadi senjata makan tuan. Alam melayu yang penuh sopan dan santun (warisan moyang) ini sememangnya agak phobia dengan kalimah ini dan mudah pula beranggapan bahawa sosialis itu adalah komunis dan komunis itu adal