Negara ini baik dan bagus..tetapi amalan Islam mereka tersasar?
Usai Zuhur di Jame' organisasi penulis ditemui oleh salah seorang pelajar antarabangsa dari Nigeria. Perbualan asal berkaitan bangunan pejabat yang telah berpindah ke bangunan baru. Kemudian, perbualan terus menelusuri mengenai negara. Menurutnya, Malaysia mempunyai suasana yang aman, pemimpin yang baik, namun amalan Islam mereka hanya kebanyakannya hanya menurut syariat nenek moyang mereka, tanpa ada dalil yang jelas.
Menurutnya lagi, beliau jika diberi peluang, mahu tinggal terus di Malaysia dan gembira dengan rakyatnya, namun risau akan amalan agama mereka. Berbanding di negaranya yang didakwa mempunyai penduduk islam seramai 65%, bergelumang dengan kejahatan kepimpinan, rasuah dan sebagainya.
Namun katanya, muslimah di negaranya tidak akan kelihatan di khalayak dengan berpakaian moden seperti muslimah di Malaysia. Mereka meutupi tubuh mereka dengan niqab. Di Malaysia, kebanyakan muslimat bebas mengenakan fesyen meskipun bertudung..