Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 12, 2014

Pesta tarian - bukan sesuatu yang aneh...

Imej
Penulis secara tidak senghaja telah berada di Medine Mall lokasi berhampiran legoland dalam jajahan nusajaya, kota pentadbiran baru selepas Johor Bahru,  tanjung puteri dan juga kota tinggi. Di situ hanya terdapat bangunan yang pada pandangan penulis merupakan sokongan terhadap kewujudan sebuah taman tema yang diwujudkan khusus untuk menarik seberapa ramai yang boleh pelancong dari negara seberang tambak. Di bangunan ini terdapat beberapa kedai yang kebanyakkannya adalah kedai makanan dan minuman. Di tengah kawasan yang agak luas terdiri sebuah pentas dan disitu diadakan pertandingan tarian yang melibatkan sekolah rendah serata negeri selatan. Tarian disertai oleh pelajar dengan warna-warni pakaian serta bentuk tarian tradisional kesemua etnik yang wujud di bawah naungan negara. Juri lebih kurang lima orang. Ini adalah sebuah negara yang dipanggil negara islam oleh rakan-rakan dalam oic. Penulis tidak melihat acara seumpama ini perlu wujud dalam sebuah negara yang mendakwa melaksanak