kluang-putrajaya-masjid india-the mines
Malam Jumaat lepas penulis, anak-anak, bonda dan adik perempuan bertolak ke pusat pentadbiran negara yang telah diasaskan oleh Tun Mahathir untuk mengambil isteri yang berkursus di KPM sejak Selasa. Selasa lepas juga penulis bercuti untuk menghantar isteri ke sana. Bergerak dari rumah seawal jam 5 pagi. Singgah di Ayer Keroh untuk solat dan sarapan. Tiba di destinasi tepat jam 7.45 pagi. Isteri dilojing di rumah datuk saudara disebabkan tiada kemudahan penginapan yang disediakan. Berbalik kepada perjalanan di malam Jumaat, kami singgah juga di R&R yang sama, Ayer Keroh untuk solat. Kami berjaya tiba di hadapan Masjid Agung Putra sekitar jam 10.00 malam. Datuk saudara menjemput di hadapan masjid memandangkan penulis tidak dapat membuat pengecaman dengan baik lokasi sebenar rumah beliau, meskipun mempunyai kemudahan GPS. Rumah datuk saudara tidaklah sebesar mana. Al maklumlah bangunan kuaters kerajaan. Mempunyai 2 bilik tidur. Kami ditempatkan di sebuah bilik. Serangan nyamuk sa