Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 13, 2014

Konvokesyen : antara meraikan kecemerlangan dan kecelaruan penganjur

Imej
Rata² kebanyakan universiti di dalam negara sedang sibuk menghadapi demam konvokesyen. Demam tahunan itu biasanya akan menyerang warga universiti di segenap peringkat, daripada Pekerja Rendah Awam hinggalah kepada pengurusan tertinggi. Dek kerana demam yang melanda inilah, maka akan terhamburlah kepelbagaian idea untuk mengisi setiap babak dan adengan di segenap ruang konvokesyen, dengan nawaitu mulia, untuk meraikan kemenangan sang siswazah dan memberikan impak paling maksimum dalam sejarah kehidupan mereka.. Kerana demam ini jualah, maka tiada lagi dipinta sebarang nasihat daripada para cendekiawan, bahkan tiada mahu ia untuk mendapatkan nasihat dan pandangan itu dari mereka, dan juga para cendekiawan pula hanya diam membantu ketandusan idea, kecuali seqadar menfokuskan diri untuk persiapan membaca skrip permohonan kepada Yang Maha Kuasa, agar terselamatlah hendaknya majlis ini sepanjang perjalanan dengan begitu selamat dan sempurna hendaknya, sebagaimana kehendak sa