solat Jumaat ... hanya 12 orang
2 Jamadil Akhir 1442 (Jumaat) Termanggu² di waktu zawaal Jumaat pertama dalam minggu PKP 2.0. Tidak seperti Jumaat pada hari PKPP dan PKPB dimana masjid dihadkan untuk menampung hanya 12 orang lelaki dewasa yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid sahaja untuk menghadiri solat Jumaat. Jika pada PKP 1.0 solat Jumaat tidak diadakan...tetapi pada kali ini dibenarkan dengan had maksimum. Bagaimana dengan para mufti dan para penjawat jawatan agama di pejabat qadhi atau jabatan atas nama agama di negeri² pkp? Adakah mereka dibenarkan hadir untuk solat Jumaat? Jika semalam negara sedikit kecoh dengan tindakan ketua pembangkang yang menyeru agar semua ahli parlimen menulis surat kepada YDA agar mengangkat semula titah dharurat, mengapa tidak ada seorang pun tokoh agama mahupun ahli politik atau menteri dari parti agama yang dikatakan menjadi benteng agama negara yang bangkit menyeru semua ahli parlimen agar menulis surat kepada sulthon di negeri masing² agar mengangkat kembali titah me