Himpunan merah 25 Mei menyerang segamat
Sekitar 25 Mei Sabtu yang agak terang dan panas, sekumpulan anak muda yang sedang menuntut di universiti dilihat berhimpun di sebuah masjid dalam daerah Segamat dengan mengenakan pakaian seragam merah. Kumpulan ini yang dianggotai oleh 24 orang dengan hanya lima orang perjaka dilihat memulakan pergerakan mereka dari universiti seawal Subuh lagi... Setibanya di masjid di kampung jawa, mereka turun dan disambut oleh AJK masjid yang sudah sedia maklum dengan kehadiran mereka. Perhimpunan yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu kini telah memasuki fasa pelaksanaan yang dijangka mengambil masa sehari suntuk. Selepas mendapat taklimat dari pihak masjid, kerja-kerja pembersihan dan pengecatan (dengan izin) kawasan-kawasan yang telah dipersetujui seperti dinding masjid dan juga batu nesan kubur yang bersusun di bahagian kanan kiblat masjid. Maka pemuda-pemudi yang kelihatan begitu bersemangat ini melaksanakan tugas sebagaimana yang telah dirancang. Menjelang waktu zuhur, kerja-