Kenangan Lampau : Sekolah Rendah
Penulis memulakan alam persekolahan di sekolah rendah kebangsaan Long Jaafar Taiping Perak, sekitar tahun 1982. Sekolah yang sederhana besar, dengan lambang kepala gajah dan moto gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meinggalkan nyawa. Zaman persekolahan pada watu itu amat seronok Dipenuhi dengan pelbagai acara permainan. Khususnya pada waktu rehat, ada sahaja aktiviti yang dirancang. Apabila naik darjah dua, penulis bersekolah di sebelah petang. Pada mulanya, penulis pergi menaiki land rover pasukan gerak khas, yang berlambang kepala harimau dengan pisau bayonet di tengahnya. Malek, itulah nama yang tertera pada pakaian uniform pemadu kenderaan tersebut. Pernah sekali, kenderaan terlambat ambil penulis hingga menjelang senja yang menyebabkan penulis menangis. Di sekolah ini, apabila waktu rehat, antara acara yang paling menarik ialah bergerak ke bahagian belakang kerana di sana ada sebatang anak sungai. Aktiviti biasa ialah meraduk sungai untuk menangkap anak ikan. Bebe