Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 25, 2012

Kemenangan atau kekeliruan..?

Imej
Fajar 1 Syawal 1433 muncul lagi pada Ahad bersamaan 19 Ogos 2012 yang diraikan oleh seluruh umat Muhammad SAW sebagai tanda kemenangan di atas kejayaan mengharungi tarbiyyah madrasah Ramadhan selama 29 hari pada tahun ini. Umat Muhammad SAW di Malaysia khususnya telah bersiap sedia dari awal lagi, mendahului pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dengan persiapan masakan dan juadah serta memulakan sambutan dengan dentuman mercun atas alasan menzahirkan kegembiraan. Maka sebaik sahaja berakhir azan Maghrib petang 29 Ramadhan 1433, gegak gempita sekitar penempatan melayu-Islam dengan ledakan mercun bagai dentuman meriam dan tembakan peluru di bumi Syria dan Mynmar lagaknya. Mungkin ada tersemat di hati para pemain dan penggalak peledak untuk menghayati suasana umat di bumi bergolak...moga begitulah harapannya...dalam irama kegembiraan terdapat sekelumit doa yang dititipkan mengenang nasib umat yang tenggelam dalam perlakuan kezaliman.. Irama takbir bermula sejurus selepa