Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 27, 2012

Empat hari tiga malam

Imej
27 Januari 2012...sedar dari tidur sekitar jam 4.45 pagi selepas terdengar alarm dari HP dengan alunan lagu Anak Kecil Main Api. Namun mata terasa amat berat dan akhirnya gerakan jam yang tidak mampu untuk ditahan itu terus bergerak hingga menjejak ke angka jam 5.15 pagi. SMS terus dilayangkan kepada tuan guru mnengenai temu janji untuk menghadiri solat subuh di Masjid Tengkera, salah sebuah masjid yang tertua di Malaysia tanahairku. Jawapan dari tuan guru adalah amat memberangsangkan. Selepas bersiap, kami bergerak menuju ke lokasi dengan berpandukan kepada GPS HP penulis. Kami tiba di perkarangan masjid ketika azan subuh yang sungguh merdu itu sedang dialunkan. Jalanraya masih kosong tidak sebagaimana saat ketibaan kami semalam dan juga ketika malamnya yang dipenuhi oleh pelbagai kenderaan. Hanya kelihatan beberapa kenderaan ringan juga seseorang yang menumpang motosikal sambil memegang basikal, berjubah hitam dan berserban ekor panjang. Subuh jumaat, imam bersuara merdu mendengung m