Jumaat Di Jame Wadi Hana
26 Rejab 1444 Jumaat terakhir bulan Rajab yang dikatakan sangat berkat oleh mereka yang mengimaninya dengan yakin berdasarkan kepada pengajaran guru² mereka; Penulis berkebetulan bermuqeem di bangunan New York sejak khamis dan gema keagungan isra mi'raj telah mula menghiasi bibir para asatizah sama ada di media sosial mahupun di media nyata; Berpeluang menghadiri solat Jumaat di jame Wadi Hana yang terletak di bawah jejantas yang sedag disiapkan, Semasa lawatan penulis beberapa bulan lepas, tidak berkesempatan solat Jumaat di situ; Azan yang dikumandangkan agak klasik dan jarang kedengaran di lokasi lain di seluruh alam melayu johor ketika ini; Terdapat gerai di bawah jejantas yang menyediakan sedikit makanan untuk memuaskan maksud nafsu pada waktu tengahari; Berjalan kaki dari New York ke masjid dan pulang mengingatkan penulis keadaan sewaktu di Makkah dan Madinah...cuma bilangannya sangat kecil; Terdapat sebuah kedai runcit kecil milik Muslim beberapa meter sebelum jalan besar y