Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 14, 2014

Kepulangan: selamat tinggal bumi berdaulat

Imej
Hari Jumaat di Brunei ... bagi sesetengah pihak sama sahaja di mana-mana negara yang menabalkan diri sebagai negara Islam...khususnya di nusantara. Namun di sana ada kelainannya. Bagi sektor awam sememangnya mereka bercuti hujung minggu pada Jumaat dan juga Ahad manakala Sabtu adalah hari bekerja. Bagi sektor swasta, hari hujung minggu mereka ialah pada Sabtu dan Ahad. Seawal malam jumaat, iklan berkaitan keutamaan solat Jumaat serta ancaman kepada mana-mana pihak yang mengabaikan solat Jumaat senantiasa dimainkan di peti televisyen milik kerajaan negara monarki tersebut. Dan pada hari Jumaat, setiap aktiviti akan dihentikan mulai jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang, termasuk aktiviti di ruang makan hotel sekalipun. Kalau difikirkan dari kotak tempurung kepala seorang kapitalis, apa kena mengena makan tengahari secara buffet di hotel dengan solat Jumaat? Biarlah ianya dibuka sebagai menguji keimanan, sebagaimana pandangan salah seorang pemimpin utama semenanjung emas suatu