Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2013

Kisah seorang pengawal...

Imej
Lewat petang natal penulis tiba di jaya jusco skudai untuk memenuhi hajat orang sebelah yang setia. Sebaik selesai menjamak solat di surau kecil bersama imam tamam muda, kami menyelesaikan tuntutan perut di kedai makan berhampiran. Sebelum itu, kami singgah di kedai durian murah berdekatan pasar borong pandan. Empat biji berharga RM10.00. Isi oklah buat melepas rindu kepada raja buah ini.  Maghrib muncul sebaik sahaja penulis selesai menikmati satu set lamb chop berharga sekitar RM12.30. Isinya agak padat dan sedikit liat. Namun nyata lebih baik berbanding di sebuah kedai makan berhampiran kediaman penulis berharga RM13.00 ..... Maghrib di surau sempit dilimpahi jamaah. Seorang warga pakistan telah mengazankan dan terpaksa mengimami jamaah dek kerana penduduk tempatan kelihatan malu-malu alah untuk maju kehadapan. Bacaan dengan telo Pakistan... Seusai solat bergerak ke tingkat atas untuk menunggu urusan selesai. Duduk di bangku kayu panjang dapat melihat pelbagai gelagat. Kawasan ini m