Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 7, 2014

Tanda kiamat - semakin mendekat...

Imej
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi) Maka dikatakan itulah yang sedang kita hadapi kini. Tidak sempat hendak menghitung hari yang mendatang, tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan tahun baru 2014. Terasa seolah-olah baru sahaja meraikan tahun baru 2013. Pada masa kehidupan zaman datuk dan nenek kita dahulu, manusia adalah amat prihatin dengan masa. Dek kerana ketiadaan sebarang peralatan elektrik yang mampu menerangi kegelapan malam dengan neon serta menemani kesunyian malam dengan televisyen ataupun sebarang gajet, maka mereka akan benar-benar menepati kehendak Allah sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam al quran Allah jualah Yan

Tetamu senja

Imej
Lewat maghrib rabiul awwal tatkala menikmati juadah sementara menantikan kehadiran isya, sekonyong-konyong kedengaran suara lelaki memberi salam di halaman rumah. Pabila dilihat dan dijenguk di bibir tingkap, kelihatan dua tetamu dai sudah bersiap untuk bertamu.  Maka penulis menerima tetamu hanya di hadapan rumah kerana keadaan dalam rumah yang agak kurang selesa. Maka tetamu senja menyatakan nawaitu untuk ziarah disamping mengundang penulis hadir ke program dakwah di jame yong peng sekitar bulan mei kelak. Tetamu ini seorang yang agak berumur dan berpengalaman bertamu dirumah usang ini dengan mesej hampir sama. Seorang lagi pemuda yang masih sangat bersemangat bersama jamaah dai ini. Kisah berkisar mengenai kepentingan menghidupkan amalan agama dalam diri, keluarga dan masyarakat. Perumpamaan seperti ais yang diletakkan di luar pasti cepat cair, tetapi jika disimpan di persekitaran sejuk seperti peti sejuk, maka sudah pasti ianya akan dapat bertahan dengan leb