Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 15, 2011

Mesyuarat Pemilihan JK Surau Masjid

Imej
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan ... At taubah : 18 Pemilihan JK masjid dan surau di negara ini, khususnya di negeri Johor biasanya berjalan dalam keadaan tenang tanpa kedengaran sebarang gelora. Dan perkara itu sudah berakar dan bertradisi sejak sekian lama. Akhir-akhir ini sebelum berlagu gempita sang kuning di ibu kota, kedengaran di kaca televisyen dan akhbar mengenai cadangan kerajaan negeri pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya dalam memilih AJK masjid. Maka disambut oleh sebahagian besar melayu-muslim di serata ceruk rantau tanah semenanjung emas ini dengan nada penuh negatif, menentang keras akan cadangan tersebut. Penulis ingin menyatakan sesuatu yang berlaku. Dalam pemilihan jawatankuasa surau di qaryah penulis, yang sepatutnya dilaksanakan melalui mesy