Hari ke sembilan belas ..
Sedar tak sedar...dok asyik dibuai khayalan hari raya gamaknya...sudah masuk hari ke sembilan belas berpuasa pada hari ini. Gema lagu hari raya sudah semakin galak dipalu dan dimainkan, bahkan lebih galak dan bergema berbanding suara alunan bacaan al quran dan sebagainya. Semangat meneruskan puasa terasa semakin mengendur...sirna dek semangat dan keserunukan untuk meraikan 1 syawal... Kita sedang melangkah masuk ke semester akhir dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini. Pelajar cemerlang dalam semester kedua bakal meraih anugerah keampunan selepas menerima anugerah rahmat pada semester awal sebelum ini. Dan mereka juga bakal menerima anugerah pembebasan dari neraka, disamping hadiah lain yang amat bernilai, malam al qadar... Rata-rata di kampung-kampung sudah ada ahli qaryah yang memasang pelita punjut. Kalau dahulu kala diceritakan bahawa pemasangan pelita itu adalah untuk menaymbut lailatul qadr...yang digambarkan sebagai makhluk yang akan menyebabkan bersujudnya segala benda