dari W27 ke N27 volume II
Di pejabat agama, penulis banyak terlibat selaku saksi nikah 'tangkap muat' bagi membantu pasangan yang bernikah di pejabat. Semaza zaman tersebut, kebanyakan pengantin yang dinikahkan di pejabat adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti ketiadaan wali, ataupun ditangkap basah. Penulis juga turut menemui pasangan yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah semasa sesi temuduga untuk bernikah. Walau bagaimanapun, kesemua perkara yang disebutkan tiada kaitan langsung dengan tugasan penulis. Penulis pernah menjadi panel temuduga amil bagi daerah Muar bersama dengan pojie atas undangan Tok siak yang berkuasa di daerah Muar. Menarik juga dapat menemubual dengan beberapa calon yang terdiri daripada orang lama. Idea Tok siak sebenarnya sangat bagus untuk diaplikasi di daerah lain. Penulis dihantar ke Pejabat Agama Daerah Muar dengan menaiki van jenazah!! Ini kerana ketiadaan kenderaan semasa hari tersebut kerana digunakan oleh pegawai lain. Sepanjang jalan, manusia yang meliha