Takbir Hari Raya dari Masjidil Haram
Begitu bersemangat sekali takbir orang-orang di Makkah...Negeri kelahiran Islam..negeri yang pernah diturunkan Allah wahyu kepada penduduknya...negeri yang menjadi kerinduan semua kaum muslimin dan muslimat di serata dunia... Berbeza dengan takbir kita di Malaysia...yang penuh mendayu..menyayat hati..akhirnya menangis yang mendengar ataupun yang bertakbir..tapi tangisan itu bukan kerana terkenang kebesaran Tuhan.apalagi kerana terkenangkan dosa-dosa silam..tangisan kerana mendegar takbir di kalangan bangsa Melayu-Islam pabila takbir bergema adalah kerana salah satu ataupun kombinasi dari beberapa perkara berikut : 1. Sedih kerana terpaksa bertugas di pagi hari raya 2. Sedih kerana tidak dapat pulang berhari raya ke kampung halaman 3. Sedih teringatkan ayah dan bonda yang telah pergi buat selama-lamanya 4. sedih terkenangkan kekeasih lama 5. Sedih terkenangkan kisah-kisah lama.. Alangkah sayunya...alangkah sedihnya...Tapi sayangnya tangisan dan air mata yang keluar atas sebab musabab di