Catatan

Tunjukkan catatan dari September 15, 2011

Pejabat baru

Perpindahan telah selesai menjelang Syawal. Walaupun belum sempurna proses penyiapannya, namun itulah hakikatnya. Kami tetap berpindah. Penulis ditempatkan di sebuah bilik yang agak luas dan selesa. Sebenarnya staf CC ke atas dapat menikmati kemudahan bilik. Hal ini menimbulkan persoalan di benak pemikiran manusia yang ada di dalam hatinya sedikit perasaan gundah gulana dan kurang senang. Mana boleh pangkat cacai ini duduk di bilik selesa. Ini tidak mengikut norms…dan jutaan alasan rekaan dipenuhkan atas kertas A4 hak kerajaan, atau komplen berbentuk lisan. Biarlah mereka hendak berkata-kata. Kalau kemudahan telah disediakan dan tidak pula digunakan atas alasan dangkal bukankah itu membazir pula namanya? Tapi tiada patut pula kalau kerani biasa juga mendapat bilik sendiri. Kalau nak dapat juga, kena bagi semua kerani. Kalau ada yang terpilih sahaja muncul fitnah dan bahaya. Nanti takut ada pula yang berani bersuara, atau setidak-tidaknya memberontak dalam diam. Lagi sakit kalau dideda