Eid Adha dan pengorbanan - dengan RM1.00 anda mampu berkorban!
Aidil Adha muncul semula mengikut aturan giliran yang telah ditetapkan olehNya. Aturan ini tidak pernah berlomba-lomba untuk mendahului antara satu dengan yang lain. Tidak pernah berlaku Eid Fitri didahului oleh Eid Adha sebagaimana siang dan malam yang silih berganti tanpa ada yang tiba-tiba malam mahu terus menutup siang ketika jam pukul 12 tengahari atau tiba-tiba jam 1 pagi di Malaysia mentari terus muncul kerana ingin berlumba dengan malam... Aturan dan perjalanan alam, hari dan waktu yang berlaku mengikut urutan ini adalah merupakan sunnatullah yang amat sempurna. Dan 10 zulhijjah 1433 ditetapkan pada Jumaat 25 oktober 2012. Hari raya eid adha atau dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai hari raya korban - mungkin kerana ibadah korban yang berlaku atau kerana mengenang peristiwa korban Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail, adalah sambutan yang kurang meriah disambut khususnya bagi umat Islam di selatan semenanjung. Dirawikan bahawa sambutan eid adha di kawasan utara d