Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 26, 2012

Kuliah Maghrib di Jame' Kg Melayu

Imej
Kuliah maghrib malam 25 Mac 2012 berkisar mengenai tajuk keimanan kepada para malaikat. Sebelum itu, muallim memberikan secebis maklumat berkaitan kekhusyukan solat. Solat itu boleh dicapai khusyuknya apabila mematuhi beebrapa perkara sebagaimana kata syekh abdul samad al palimbani di dalam kitab siarus salikin yang mana ianya diceduk daripada kitab ihya' ulumuddin karangan hujjatul islam, al ghazali, iaitu: 1. Memahami bacaan dalam solat; 2. Menghina diri di hadapan Allah; 3. Membesarkan Allah Taala lebih dari segala-galanya; 4. Raja' mengharap agar diterima oleh Allah akan solat itu; 5. Khauf - takut kalau-kalau solat itu ditolak olehNya - maka bagaimana dan apa lagi amal yang boleh digantikan dengannya? Menurut syekh al palimbani lagi, rukun solat itu terbahagi kepada tiga iaitu 1. Rukun qauli - bacaan-bacaan di dalam solat; 2. Rukun Fe'li - perbuatan-perbuatan semasa solat; 3. Rukun qalbi - perbuatan hati, iaitu khusyu' Diantara perkara-perkara makruh di dalam s