Kembara Ke Serambi Mekah dan Madinah
25 Zulhijja 1443 Jumaat 8 Zulhijjah mengikut tarikh di Semenanjung Emas dan juga kepulauan borneo sebagaimana yang telah ditetapkan oleh penyimpan mohor besar Raja-Raja Melayu apabila mereka bersepakat untuk menyatakan akan terbitnya anak bulan zulhijjah pada 1 Julai lalu ...Meskipun hari itu adalah hari arafah di padang arafah Makkah Al Mukarramah yang membolehkan para hujjaj mendapat haji akbar, namun ianya sedikitpun tidak menggusarkan para penguasa agama di tanah air ini.. Penulis dan keluarga memulakan musafir sekitar waktu dhuha. Kami bergerak melalui jalan Mersing dan sekitar jam 10 pagi, kami telah masuk ke simpang ke bandar mersing yang agak padat menuju ke satu-satunya bulatan yang wujud di bandar tersebut.. "Emmm..hari ini dalam sejarah ni. Tak pernah jumpa Mersing sesak sebegini..." getus penulis. Jam 10.30 pagi, sebagaimana yang dirancang sejak berminggu² sebelumnya, penulis menunaikan sarapan pagi di salah sebuah restoran Melayu yang menyajikan pelbagai juadah