Polis Syariah : Hanya menangkap bukan mencegah?
Polis syariah, atau yang biasa kita kenali sebagai penguatkuasa agama sering menjelmakan dirinya pada waktu malam dalam operasi cegah maksiat di serata ceruk hotel (lokasi utama) dan sering jua memaparkan kisah-kisah kejayaan mereka di dada-dada akhbar sebagai salah satu kisah sensasi yang berjaya menarik bacaan khalayak dan melariskan jualan harian mereka. Selaku salah seorang pembaca akhbar percuma di warung pojok, tentunya mata kita akan lebih tertarik untuk membaca kisah tangkapan khalwat bersama cebisan gambar yang memaparkan tubuh badan yang ditangkap walaupun tidak secara jelas. Kejayaan pihak polis syariah membanteras pelakuan khalwat khususnya adalah amat memberangsangkan dengan hasil tangkapan yang agak lumayan di setiap operasi yang dilaksanakan. Setiap kali berjalan di bandar, ataupun makan di mana-mana restoran makanan segera, kita akan bertemu dengan pasangan yang nyata bukan mahram makan bersama tanpa sesiapa pun yang mahu memandang serong pada per