Catatan

Tunjukkan catatan dari April 11, 2013

Peluklah lagi....

Imej
Dengan penuh perasaan bangga, salah seorang artis pujaan rakyat Malaysia memberikan kenyataan bahawa dia sememangnya senghaja membuat acara pelukan terhadap rakan-rakan artis lelaki lain selaku seorang sahabat. Rupa-rupanya bila kita merangkul atau memeluk lelaki yang bukan ajnabi dengan memasang niat sebagai seorang sahabat maka ianya diharuskan? Mungkin ini fatwa yang diambil dari mahaguru mereka di belahan barat bumi ... Oleh kerana artis kini menjadi ikon golongan remaja, maka kenyataan yang dibuat adalah amat menyedihkan para pencinta Islam. Kenapa mereka hanya mahu berkiblatkan barat dalam segala aspek kehidupan mereka dan kemudian akan ditiru dan dianggap sebagai tatalaku yang sebenar. Maka tidak hairanlah nanti apabila para pemuja mereka mampu berpelukan di khalayak ramai dengan rakan atau sahabat bukan ajnabi sekalipun dengan alasan 'sahabat'.. Kenapa pula golongan pemuja artis masih mahu menjadikan mereka ini selaku role model dan masih enggan untu