Jumaat di Naungan Selatan Sungguh .....
23 Jamadil Awwal tahun ke 1439 selepas hijrah ar Rasul, selepas beberapa lama meninggalkan jajahan selatan, Jumaat ini berada di masjid jame di tengah² gapura selatan. Kembali kepada kaedah biasa yang diamalkan sejak turun temurun dan dipertahan dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi, bahawa di antara azan kedua dan khutbah Jumaat, WAJIB diselangi dengan bacaan peringatan sang muazzin akan larangan berkata-kata tatkala khatib sedang membaca khutbah. Seolahnya, tidak sah bacaan khutbah andai kata muazzin meninggalkan peringatan tersebut. Atau penyampaian khutbah akan gagal andai muazzin memperingatkan perkara tersebut sebelum dikumandangkan azan pertama..., atau paling viral kini, muazzin mungkin akan dicop sebagai pengikut ajaran wahabiah dan berkemungkinan juga diperjauhkan dari pembesar suara untuk setiap waktu... Perkara wajib kedua, ialah membaca doa dengan suara mendayu dan berlagu antara dua khutbah, iaitu semasa khatib duduk dan menunggu khutbah kedua. Sekiranya gag