Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 4, 2012

Tahun Baru 2012

Imej
Mungkin penulis agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini. Topik yang menjadi maudu' penting dalam perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi, di parlimen mahupun di pejabat kerajaan, di kedai kopi dan juga di kantin sekolah. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan akan memperuntukkan satu slot khas dalam bulan Januari untuk membentangkan wacana dan juga haluan jabatan sepanjang tahun 2012. Individu juga begitu beriya-iya untuk membuat azam tahun baru, meskipun kerapkali azam tahun sebelumnya tidak pernah tercapai 100%, tetapi azam baru tetap akan dibina. Dan yang paling hangat dan meriah ialah pesta countdown di seluruh dunia untuk tahun baru. Di mana-mana sahaja, di negara kita pasti ada pesta sambutan count down. Itu adalah warisan sejak dahulu kala. Ianya adalah warisan pimpinan datuk nenek kita. Ianya mustahil ditinggalkan. Pimpinan negara selalunya akan turut serta dalam pesta ria tersebut. Dalam sejarah negara Malaysia moden, seingat penulis hanya sekali sahaja sambutan tahun b