Pemilihan MPP : Antara tanggungjawab dan perjuangan
Pemilihan wakil-wakil MPP untuk mengisi kekosongan kerusi bagi dua semester telah berlangsung. Kemenangan beberapa calon juga kekalahan telah diumumkan dengan baik tanpa wujud sebarang anasir kekalutan dan sebagainya yang seboleh-bolehnya akan dielakkan oleh pihak pentadbir institusi. Kadang-kadang kita tertanya-tanya pula..apakah sebenarnya fungsi dan tanggungjawab MPP ini. Adakah seqadar untuk mengisi kekosongan kerusi dengan menabur beberapa janji yang kelihatan tidak munasabah untuk dilaksanakan, Sebagai contoh, tatkala terbaca janji-janji calon di poster-poster yang tergantung di segala ceruk kampus, penulis tersenyum sendiri. Antaranya ialah janji untuk berusaha mewujudkan tempat letak kereta atau motosikal berbumbung...wah banyak betul peruntukan mereka...? Bukankah MPP itu hanya bertugas selaku salah sebuah badan untuk melaksanakan segala aktiviti pelajar..MPP tiada kuasa untuk menentukan segala perkara yang berkaitan dengan dasar dan peraturan sedia ada di institusi...