Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 8, 2011

Apabila kita rasa kita sahaja yang betul...

Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. An Nahl:23 Kadang-kadang kita kerap merasa dalam apa bentuk pertelingkahan, persengketaan atau permusuhan dan perselisihan, kita beranggapan bahawa kita ini senantiasa berada di pihak yang benar. Kita amat jarang untuk berlapang dada menerima perkataan manusia yang dianggap 'musuh'dan senantiasa bersisi negatif terhadap segala perlakuan, perkataan bahkan senyuman mereka yang telah dicop ini terhadap kita, walhal kadangkala mereka sebenarnya cuba untuk menjernihkan keadaan. Ada yang mengadu bahawa jiwa tidak tenteram di pejabat lantaran diri telah dicop 'jahat' dan tidak layak untuk dijadikan rakan taulan, apalagi sahabat handai. Di pihak yang lain juga terang-terang menolak kembali tawaran persahabatan juga kerana yakin dan percaya bahawa orang tersebut adalah pendosa dan penjahat serta pelbagai label lagi