Bila khatib hendak transform?
Sudah agak lama tidak bercerita kisah solat Jumaat. Sebetulnya penulis berada di luar qaryah untuk beberapa Jumaat ini. Sudah agak lama tidak solat di masjid qaryah sendiri. Kali ini penulis berkesempatan solat Jumaat di Masjid Bandar Paloh. Mungkin ramai di kalangan kita yang jarang mendengar nama Paloh. Banyak juga kawasan di negara ini yang dinamakan dengan Paloh. Masjid ini terletak di dalam Mukim Paloh daerah Kluang Johor. Minggu sebelumnya penulis berkesempatan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Uda. Masjid yang besar dan tersergam indah ini mempunyai bilangan jamaah yang agak ramai. Menariknya, jamaah untuk solat biasa juga boleh mencapai hingga ke lima saf dengan setiap saf hampir menampung kira-kira 100 orang lelaki. Ini adalah anggaran pada pandangan penulis sahaja. Mungkin jumlah iu lebih kecil atau lebih besar untuk kiraan jamaah mengikut saf. Solat Jumaat di Jamek Sultan Ibrahim Ayer Hitam yang terletak di atas bukit tengah pekan Ayer Hitam agak me