Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 17, 2010

Kem Pasir Lanun Mersing

Selasa 14 Disember 2010 penulis memulakan musafir ke resort pasir lanun mersing johor bersama salah seorang urusetia program, menumpang kenderaan avanza beliau dari rumah penulis bagi menyertai Kem Pemantapan Ibadah anjuran kelab staf dan salah satu jabatan di organisasi penulis. Perjalanan bermula seawal jam 10.30 pagi. Pergerakan agak lancar dengan cuaca yang boleh dianggap sangat baik. Pemilik kenderaan seorang yang ramah dan banyak bercerita sedangkan penulis sangat pendiam dan hanya sekali-sekala menyampuk. Ketika menghampiri felda simpang ke felda nitar, kenderaan kami ditahan polis namun setelah sang bangau itu berpuas hati dengan jawapan pemilik kenderaan, kami dilepaskan pergi. Tiba di tapak program sekitar jam 12.00 tengahari dengan cuaca redup dan peserta baru sahaja tiba dan sedang diperkenalkan oleh kem komandan dengan para fasilitator. Selepas makan tengahari, kami solat jama d surau yang agak kecil namun keadaan di dalamnya agak selesa. Acara ice breaking pimpinan Ustaz