kibaran bendera : patriotik sangatkah kita?
Sambutan Hari Kebangsaan semakin mendekat. Dengan tema mendayu, "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" acara pelancaran sambutan bulan kemerdekaan silih berganti menjadi agenda di setiap pejabat kerajaan dan jarang-jarang pula di pejabat milik swasta. Acara tahunan ini sangat sinonim dengan amalan pengibaran bendera jalur gemilang. Kalau beberapa tahun sebelum ini, amalan mengibarkan bendera adalah amat meriah dan rakyat begitu membara dan kelihatan bangga sekurang-kurangnya untuk mempamerkan jalur gemilang kecil pada kenderaan mereka. Selepas berlaku 'peristiwa besar' sekitar tahun 1998-1999, amalan pengibaran Jalur Gemilang mula menjadi layu dan agak suam-suam kuku. Maka semenjak itu, pihak berwajib mula melancarkan pelbagai kempen untuk menarik rakyat agar kembali mengibarkan jalur gemilang. Mungkin bagi pihak pemerintah, mereka melihat bilangan sang pengibar jalur gemilang adalah mewakili jumlah pendukung dan penyokong tegar mereka. Mereka berpandangan