Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 20, 2012

Kahang pembuka tirai perjuangan

17 Feb 2012 - untuk pertama kalinya bagi tahun ini, kami dijemput untuk menabur bakti PINTAR di SK Kahang batu 28, yang terletak kira-kira 40 km dari bandar Kluang dan 50km dari bandar Mersing.. Penulis pada pagi hari Jumaat menyertai perarakan maulid peringkat organisasi. Ketika jam 11.30 am, penulis bergerak ke Kluang dan menyelesaikan beberapa urusan. Penulis menunggu ketibaan tuan guru dan PH sekitar jam 3.00 petang. Perjalanan yang agak lancar dengan suasana panas terik akhirnya kami tiba sekitar jam 4.00 petang. Peserta telah menjalani taklimat dan sedang praktis lagu tema program. Menjelang Asr, kami solat bersama peserta dengan imam TG. Usai solat, ice breaking mengambil tempat. Penulis membantu PH untuk membuat penjajaran awal route kembara. Sekitar jam 6, bergerak semula ke dewan aktiviti untuk membuat persiapan bagi dinamika kumpulan menjelang malam nanti. Solat maghrib dimamkan oleh penulis dan tazkirah oleh salah seorang ulama muda yang bertiga. Usai Isya', aktiviti di