Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 8, 2011

Liberalisasi di masjid?

Usai Solat zuhur di masjid menara nan sebatang, tatkala menelusuri anak-anak tangga yang agak curam dan mencemaskan untuk ke tingkat bawah, kelihatan beberapa orang muslimat juga mengikut arah dan jalan yang sama bersama-sama dengan jamaah muslimin yang lain. Kendatipun pada pandangan penulis, muslimat ini tahu bahawa jalan ini biasanya adalah merupakan jalan atau lalulan muslimin, namun gadis-gadis ini masih juga mahu menuruti langkah kaki dan menegakkan pandangan basah mereka bahawa mereka ada hak melalui jalan ini kerana ianya adalah paling hanpir dengan bangunan yang akan mereka tuju. Lagipun, laluan dari tingkat jamaah muslimat mempunyai dua laluan turun naik dan apalah gunanya jika diwujudkan laluan ini tetapi tidak boleh digunakan? Sememangnya Islam tidak menghalang wanita ke masjid. Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik" (Riwayat Abu Daud) Satu pandangan menyatakan bahawa