Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 18, 2017

Tarawih Dahulu Tarawih Sekarang : Terkenang Semasa Dulu

Imej
Mungkin antara waktu awal-awal penulis menemui kalimah tarawih dan solat tarawih juga tatkala berada di Kem Lok Kawi Sabah. Kami pergi ke masjid secara beramai-ramai sambil menyanyi-nyayi kecil bermacam lagu (orang berselawat ke berzikir, dia pi nyanyi). Tapi lagu yang dibawa hanya lagu² P Ramlee sahaja. Tak pernah pule kedengaran adanya lagu² rock kapak apalagi cinta cintun disiulkan di kalangan kami. Mungkin boleh dinobatkan, ketua kumpulan kami itu ialah jimmy, tapi bukan jimmy pelikat tu..badannnya yang agak gempal dan nampak bersemangat menyebabkannya seolah memimpin kami untuk bergerak ke masjid. Di masjid, seperti biasa, ada juga yang datang hanya untuk bermain, ada yang datang untuk menyertai solat sunat taraweh, ada yg datang hanya untuk makan moreh. Dan trend sebegitu rasanya berterusan hingga ke hari ini. Cumanya, kanak-kanak sekarang seolah ada agenda lain apabila hadir solat taraweh. Bayangkan, imam dah memulakan bacaan al fatihah, masih ada lagi yang

Puasa dahulu puasa sekarang : Terkenang semasa dulu

Imej
Hari ke 21 ramadhan Semasa berusia sekitar 8 tahun, penulis memulakan puasa di kuarters lok kawi kem, kota kinabalu Sabah. Semasa itu, pertandingan musabaqah al quran (kini tilawah al quran) diadakan pada Ramadhan dan boleh diikuti secara live di kaca-kaca televisyen. Siaran TV pun hanya ada dua sahaja, TV1 dan TV2 dan dua² memaparkan siaran langsung yang sama pada waktu malam. Antara nasyid yang kerap dikumandangkan pada setiap kali majlis musabaqah ini ialah  Ya Ilahi Ya Rabbi Ampunilah dosa-dosa kami Untuk kejayaan sejati demi menguatkan iman di hati sepanjang zaman Engkau berkati sepanjang zaman Engkau berkati Quran menjadi panduan Ajarannya sangat berkesan Untuk hidup bahgia Insan seluruh alam sepanjang zaman Nasyid dikepalai oleh seorang pemuda bersuara lantang. Sepanjang siang ramadhan, biasa akan disajikan dengan kisah-kisah nabi, seperti nabi musa dan sebagainya. Berbanding ramadhan sekarang dimana TV lebih menyiarkan rancangan khusus