Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 22, 2011

Sehari bersama pemuda pemudi harapan

22 Januari 2011 seawal jam 8.30 pagi penulis sudah bergerak ke lokasi di kawasan rekreasi gunung lambak atas jemputan selaku 'pelakon' untuk menjayakan program kecemerlangan bersama pelajar pra diploma anjuran pejabat HUM. Penulis bersama mentor, KF, Tn haji Z, Tn Haji S, Dr dan PM S ditugaskan untuk mengendalikan program sehari ini. Ini merupakan program pertama yang dilaksanakan hanya sehari... Permulaan program ialah perbincangan bersama KF diikuti oleh ceramah bersama Prof. Acara diteruskan dengan tayangan videoku yang juga memaparkan satu episod mission imposible siri I. Beberapa soalan rambang juga diberikan untuk menguji tahap fokus peserta. Selepas makan tengahari, solat Zuhur di puncak desir angin. Agak mencungapkan nafas untuk memanjat naik ke lokasi. Selepas solat, kuliah zuhur buat julung kali diadakan. Topik berkisar mengenai lagu tema iaitu bila diri disayangi. Usai kuliah, acar seterusnya ialah bersama KF .. ayat-ayat suci al quran surah ali imran ayat 144-145 me