Catatan

Tunjukkan catatan dari November 29, 2010

Khidmat Cemerlang dan kita

Imej
Dan esok sekali lagi organisasi penulis akan meraikan staf yang telah diiktiraf cemerlang dalam kerjaya mereka sepanjang perkhidmatan dalam tahun 2009 yang lepas. Ini merupakan tarikh terlewat sejak penulis menyertai organisasi ini untuk meraikan pengiktirafan ini. Meskipun terdapat beberapa anugerah lain yang turut disampaikan, namun anugerah khidmat cemerlang dilihat lebih menarik dan mampu menarik khayalak. Anugerah kedua yang juga boleh dianggap menarik ialah anugerah jasa bakti yang diberikan kepada staf yang setia berkhidmat mencapai usia 10 tahun perkhidmatan. Mungkin penerimaan anugerah jasa bakti, anugerah penerbit, juga anugerah-anugerah lain yang diterima oleh staf tidak menjadi pertikaian atau bualan ataupun gosip di kalangan staf yang lain. Namun penganugerahan khidmat cemerlang selalunya akan menjadi bualan, menimbulkan sedikit sebanyak perasaan tidak berpuas hati, gosip liar dan sebagainya di kalangan staf yang kurang cemerlang. Sebenarnya semua staf berpeluang untuk men