Menjejak KAISON di Paradigm Mall
Sudah hampir dua bulan tidak sempat mencatat sebarang coretan di muka blog ini. Seharusnya papan muka blog ini ditutup sahaja jika sekiranya penulis bekerja dengan pihak yang menugaskan penulis untuk membuat coretan. Namun, dek kerana penulis bebas daripada sebarang anasir paksaan mana² pihak, maka tidak menjadi masalah bagi penulis jika hanya untuk berkarya seqadar setahun sekali sahaja pun... Penulis berada di Paradigm Mall, antara shopping kompleks yang terkini di buka di kawasan selatan semenanjung emas. Sebelum itu, kompleks ini pernah terbengkalai dan terbiar usang untuk hampir puluhan tahun (secara tepatnya terlupa) sebab sejak penulis berkhidmat di Johor Bahru pada 1997 hinggalah ke tahun 2017, baru dalam tahun ini kompleks yang terbiar itu diberi sentuhan semula. Berkebetulan penulis dan isteri berhajat untuk mencari KAISON - nama yang biasa penulis coretkan dalam blog picisan ini. Jika sebelum ini, terpaksa berkunjung ke Tebrau, yang memang telah terpahat akan