Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 18, 2012

hari terakir Ramadhan 1433

Imej
Fajar 29 Ramadhan 1433 akhirnya tiba jua tanpa dapat ditangguhkan oleh sebarang makhluk meskipun dia berani mendakwa bahawa dia paling berkuasa dalam sesebuah wilayah. Siang 28 Ramadhan yang merupakan penghulu segala hari memaparkan wajah sedih dengan derapan hujan berulang disulami mendung yang panjang seolah menangisi pemergian Ramadhan yang mendatangkan jutaan rahmat ke atas umat. Namun wajah-wajah umat akhir zaman kelihatan lebih ceria berbanding hari-hari awal kehadiran bulan mulia ini. Seawal subuh lagi umat ini telah berbondong-bondong menuju ke pasar bagi menyambut lebaran yang diyakini akan bertamu pada fajr keesokkan harinya. Penulis juga ke pasar yang mempamerkan kesesakan lalu lintas yang agak kronik. Terpaksa berpusing beberapa pusingan untuk mendapatkan tempat parkir. Kemudian setelah berjaya, baru beberapa tapak melangkah, kelibat penguatkuasa kelihatan berlegar. Pasti kena saman punya kerana penulis memang tiada bekalan kupon dan juga tiada premis berdekatan y