Hari ini hari raya di Organisasi
Hari ini (16 Syawal 1432) Hari rabu, merupakan hari raya bagi organisasi yang hebat ini. Maka berduyun-duyun warga organisasi dari kalangan staf dan juga pelanggan menuju ke kawasan berkumpulnya segala macam makanan dan minuman juga berhimpunnya segala macam hiburan serta nyanyian. Hari raya bagi organisasi ini ialah acara makan, ucapan, sedikit doa yang dipanjatkan, dan diselang seli dengan deraian tawa serta beberapa peratusan hiburan berbentuk lagu-lagu dari cakera keras, mahupun dari alatan muzik dan juga lainnya. Itulah dia hari raya di oraganisasi. Oh ya..ada juga amanat dari big bos. Setiap jabatan ditugaskan untuk menyediakan juadah berdasarkan bajet yang diberikan. Maka ada jabatan yang menyediakan ketupat. Ada jabatan yang menyediakan minuman. ada jabatan yang menyediakan lemang, sate, mee rebus dan sebagainya. Semuanya sudah ditetapkan dalam beberapa sesi mesyuarat yang panjang. Suasana kali ini di lokasi baru yang lebih luas. Cuacanya agak nyaman dan menyegarkan. Tiada berh