Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 2, 2014

Walimah : pengalaman menjadi bapa pengantin

Imej
Mungkin bagi sahabat yang pernah mengenali penulis, walaupun hanya sebesar tahi lalat akan merasa agak pelik dengan tajuk kali ini. Sebenarnya itulah realiti. Menjadi bapa pengantin pada usia muda. Pada usia anak yang sulung baru sahaja masuk darjah dua. Ini adalah disebabkan adik penulis berkahwin dalam keadaan ibu dan ayah telah tiada. Apabila adik-adik penulis bercadang untuk berkahwin beberapa hari selepas pemergian bonda ke alam baqa, hati kecil penulis sebenarnya amat berat untuk memberikan sebarang persetujuan. Ini adalah disebabkan ibu baru sahaja meninggal. Adik yang lelaki pula baharu dua minggu mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya. Kalau ikut perjanjian ialah selama dua tahun manakala adik perempuan dijangka akan bertunang tidak lama lagi. Namun setelah difikirkan kembali dan melihat kepada keadaan perhubungan mereka, maka penulis akhirnya bersetuju dan memilih 2 Rejab sebagai tarikh majlis aqad nikah dan juga majlis meraikan pasangan. Terlalu banyak