Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 11, 2010

Kenapa mereka berbeza?

Imej
Zuhur tadi penulis berkesempatan berjamaah di musalla bangunan fakulti bersama seorang rakan dan juga seorang pelajar asing. Atas penghormatan selaku duta, penulis mempersilakan pelajar tersebut mengetuai solat berjamaah. Tiada apa keanehan yang berlaku dalam solat kami, melainkan setelah selesai imam memberikan salam, beliau terus berpaling menghadap kami sambil berzikir dalam keadaan 'sir'..Kemudian beliau terus beredar tanpa membaca doa dengan kuat sebagaimana lazimnya yang berlaku di Malaysia. Pada pandangan golongan yang taasub, dan kununnya berpegang teguh kepada mazhab syafie, di komuniti pekerjaan penulis, bolehlah dikatakan bahawa kelompok ini diketuai oleh Imam Tua .. mereka akan menggariskan dua kesalahan besar yang cuba di'highlight'kan seolah-olah telah berlaku satu kedosaan yang besar iaitu, i. Imam tidak berzikir dan berwirid dengan 'jahar' tatkala selepas selesai solat ii. Imam tidak mengangkat tangan dan suara untuk berdoa secara berjamaah selep