Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 19, 2013

Ramadhan 9 - lagu raya sudah kedengaran

Imej
Ramadhan hari ke sembilan tiba dengan wajah sayu langit kelam sepanjang hari. Tatkala berada di hujung harinya sudah mula kedengaran lagu-lagu hari raya..Entah dirasuk apa agaknya sang pemutar lagu itu.. Dentuman mercun juga sudah mula kedengaran walaupun lemah dan jarang-jarang. Sebenarnya sejak dua ramadhan lagi sudah berbunyi dentuman kecil di kaki lima surau tatkala imam bersama jamaah menyelesaikan tuntutan tarawih.. Dentuman ini memang dibuat oleh kanak-kanak yang suka kepada dentuman ganas. Semakin kuat semakin seronok. Mungkin boleh dicadangkan agar kanak-kanak ini termasuk ibu bapa dan juga pembekal dihantar untuk melancong selama 30 hari di bumi gaza dan juga bumi syria untuk mendewasakan pemikiran mereka betapa ngerinya bunyi dentuman, bukan untuk dipermainkan.. Kanak-kanak ini saban tahun menjadi mangsa mercun tatkala rakan sebaya mereka beramai-ramai menjadi mangsa bom di bumi gaza dan juga syria. Kanak-kanak ini menjadi popular sebentar di kaca tv d

Ramadan - Proses mencanai taqwa yang hilang ..

Imej
Ramadhan sebagaimana kita semua sedia maklum adalah bulan yang merupakan hadiah dari Allah kepada para mukminin. Manakan tidak..sedangkan kesemua ikan di laut akan memohon keampunan setiap pagi di bulan Ramadhan dimana ianya tidak pernah berlaku dalam bulan-bulan yang lain.. Segala amalan akan dilipat gandakan akan ganjarannya. Ulama ada juga menyatakan bahawa dosa-dosa yang cuba diperlakukan akan dilipat gandakan juga balasannya... Ramadhan adalah bulan tarbiah bagi memburu gelaran taqwa.. kegagalan insan untuk meraih gelaran itu di akhir Ramadhan adalah merupakan satu kerugian yang amat besar yang melaluinya.. Puasa adalah merupakan satu proses menahan diri dari melakukan sesuatu yang amat disukai oleh nafsu. Ulama menyatakan bahawa menahan diri dari makan, minum dan melakukan sesuatu yang membatalkan puasa adalah satu simbolik sahaja. Falsafah yang penting untuk diterapkan di sini ialah kemampuan untuk menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh dilakukan tetapi ditahan ke