Musafir kelana : menjejak mimpi melayu
MUZIUM ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA BRUNEI Hari ketiga, tugasan kami menjadi semakin sibuk. Hari ini kami dijangka akan menjejak dua lagi institusi pengajian iaitu Politeknik Brunei dan juga Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal. Politeknik Brunei bukanlah sebuah institusi sepertimana politeknik yang kita kenali di tanah air. Ianya hanya sebuah bangunan rekabentuk seperti apartment. Menurut sang pemandu teksi, bangunan ini asalnya digunakan untuk menempatkan pemain sukan sea semasa negara berdaulat ini menjadi tuan rumah. Kini ianya dijadikan sebuah politeknik. Semasa kami tiba, tiada sebarang sambutan luar biasa yang dibuat. Hanya sang pengawal yang membawa kami ke perpustakaan yang hanya dihuni oleh seorang staf. Dikatakan bahawa pegawai bertugas tiada buat masa ini. Kami membuat sedikit perbincangan berkaitan penerbitan yang telah dibuat oleh pihak organisasi. Selepas beberapa ketika, urusan selesai.. Lokasi seterusnya yang dilawati ialah Maktab Teknik Sultan Sai