Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 31, 2014

SIS dan IS : sama mengundang bahaya

Imej
Gerakan Islamic State atau IS yang begitu popular di media kini amat ditakuti oleh mana² pemerintah. Pemerintah daulah semenanjung emas dan kepulauan borneo misalnya dengan begitu tegas dan beriltizam memerangi anasir IS yang dikatakan semakin menular di kalangan rakyat jelata yang terpengaruh dengan propaganda jihadis yang dikobarkan. Saban hari medan media songsang kita pasti akan memutarkan slot berita mengenai kejayaan, kezaliman atau apa sahaja yang berkait dengan gerakan IS, guna untuk melemahkan semangat palsu kaum jihadis yang mula berkobaran di serata alam. IS dikatakan bertindak begitu ganas terhadap musuh mereka. Sesuatu yang sangat bertentangan dengan norma Islam sebenar. Kemunculan Abu Bakar Al Baghdadi selaku khalifah yang cuba menguasai wilayah Iraq dan Syria serta menyatukannya dilihat agak kurang mendapat dokongan dan sokongan apatah lagi telah tersebar di media sosial mengenai hubungan kumpulan ini dengan pihak zionis dan juga US. Mereka ini adalah kumpulan jih