Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 26, 2012

empat hari tiga malam

26 jan 2012 penulis memulakan musafir ke bumi hang tuah bersama-sama dengan tuan guru, pegawai hutan dan imam agung masjid menara nan sebatang bagi menyertai program TOT jurulatih ko kurikulum. Kami bergerak dari pengkalan kira-kira jam 11.00 pagi dan berjaya tiba di lokasi tepat jam 2 petang. Kami melalui jalan lama merentasi pekan Parit Sulong, Bakri dan membelok ke lebuh AMJ. Tiba di bumi Hang Tuah berpusing-pusing mencari hotel yang dimaksudkan. Cuaca amat panas menyenagt. Setelah check in, acara pertama ialah pendaftaran, dan ianya bermula sekitar jam 3.00 petang. Kami ditempatkan untuk berkampung di Hotel Hang Tuah Heritage. Penulis dan dua ahli kereta ditempatkan dalam darjah awal. Penulis agak hairan juga kerana sebelum ini penulis pernah mengikuti kursus ini dan pernah pula mengajar. Namun penulis dimaklumkan bahawa untuk sesi akan datang, penulis diminta untuk mengajar kursus yang berbeza daripada sebelumnya. Sesi awal ialah ceramah KI oleh Dr ahmad Esa. Ceramah bermula seki