Catatan

Tunjukkan catatan dari April 16, 2013

Kem komandan : sebuah pengalaman terkini

Imej
Minggu pertama dalam bulan April, sebagaimana yang telah dijanjikan agak lama, kami bergerak menunaikan permintaan beberapa keluarga di Paloh, bandar terpencil dalam daerah Kluang yang dikelilingi oleh pepohon kurma Malaysia (kelapa sawit) yang menghijau. Beberapa minggu sebelum itu kami telahpun hadir ke bangunan sekolah tersebut untuk berbincang dan membuat sedikit tinjauan .. Walaupun selepas daripada detik tinjauan itu berlaku beberapa perkara yang seolah-olah membolehkan program ini terbatal, tetapi dengan kehendak Allah jua yang mengatasi segala kehendak makhluk lain yang bersifat fana', program ini dapat berjalan jua .. Penulis tiba di lokasi program sejurus sebelum masuk waktu Jumaat. Kami kemudian bersama ke masjid berhampiran. Khatib yang menyampaikan khutbah adalah yang terbaik setakat ini jika hendak dibandingkan dengan masjid-masjid lain dalam negeri gapura selatan yang pernah dihadiri oleh penulis. Buat pertama kalinya juga penulis tidak tertidur kerna tertarik