putrajaya .. i come..
Jam 4.15 barulah penulis tersedar dari mimpi. Dalam keadaan kelam kabut,mandi dan berpakaian, jam telah melepasi waktu 4.30 pagi...waktu yang dijanjikan untuk berkumpul di lokasi bas. Penulis memecut kenderaan dengan kelajuan 150km. Cuaca hujan renyai waktu sahur. Jalan agak licin. Setelah mendapatkan kepastian daripada salah seorang peserta yang berjaya menunggu sebelum jam 4.30 pagi melalui HP, penulis mula meyakinkan diri untuk meletakkan kenderaan di kawasan rumah kedai, tepi jalan pekan satelit. Berjaya tiba di pekan satelit beberapa minit sebelum jam lima. Bertemu dengan salah seorang peserta yang akan ke lokasi yang sama. Setelah agak lama menanti, terasa sedikit kekesalan kerana membuat keputusan yang salah, meletak kenderaan di kawasan yang agak berisiko. Namun hati cuba dipujuk dan dikuatkan dengan tawakkal kepada Ilahi. Serahkanlah segala-galanya hanya kepadaNya. Bas hanya muncul sekitar jam 5.15 pagi. Sekitar jam 6-15 singgah di R&R untuk solat dan sarapan pagi. Kembali