Catatan

Tunjukkan catatan dari September 30, 2017

Kisah aku dan PPT : part 1

Imej
Penulis mula menjawat jawatan selaku PPT secara rasminya pada tanggal 15 Februari tahun 2002 masihi bersamaan 3 zulhijjah tahun ke 1422 dari hijrah ar Rasul. Organisasi yang sudi menganugerahkan jawatan tersebut ialah sebuah organisasi berorientasikan pendidikan dalam negeri gapura selatan. Sebenarnya penulis telah dua kali menghadiri temuduga di organisasi ini dan hanya kali kedua sahaja berjaya, itupun tatkala penulis menjawat jawatan selaku penghulu salah sebuah mukim dalam daerah naungan gapura selatan. Sebelum daripada itu, tatkala penulis masih berjawatan gred W6 di salah sebuah pejabat pentadbir agama, rakan penulis yang telah agak lama berada di organisasi tersohor tersebut telah berulang kali memberikan iklan tawaran jawatan untuk dipohon. Namun dek kerana pada waktu itu taraf jawatan adalah sementara, manakala jawatan W6 yang disandang pada ketika itu bertaraf kontrak, pentadbir agama yang merupakan bos penulis, menasihati penulis, bahawa kedua²nya lebih kurang sama.