Jumaat yang aneh
Jumaat hari keempat dalam bulan Zulhijjah seminggu selepas tragedi yang mengorbankan beberapa jamaah haji di masjidil haraam, penulis menunaikan Jumaat di jame qaryah penulis selepas beberapa minggu berada di luar kawasan. Seusai solat Jumaat, imam @ khatib senior bangun menyeru jamaah agar menyertai solat hajat yang telah diiklankan sebelum takbiratul ihram Jumaat tadi. Disebut akan arah tuju solat hajat itu memohon agar segala perkara yang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan segera oleh yang Maha Berkuasa. Tatkala dia menerangkan mengenai kaifiat solat hajat, beberapa jamaah telah kelihatan angkat punggung sama ada bergerak balik atau mencari ruang di bahagian belakang untuk solat ba'diah Jumaat. Sebaik takbiratul ihram, semakin ramai jamaah yang keluar dari masjid. Agak aneh kerana solat hajat itu dilaksanakan bertujuan agar Allah menyelesaikan masalah yang melanda negara, namun kenapa rakyat yang cintakan negara meninggalkan acara tersebut? Secara analo